PENGUMUMAN

PROGRAM/KURSUS BULAN JANUARI 2013

BULAN MAC

1.Kursus Asas Perkhidmatan Awam Lantikan Baru Gred S17 ( 28 Feb-04 Mac)

2.Kursus Pemantapan Sahsiah MRSM Kem Terendak,Melaka ( 04-06 )

3.Kem Generasi Penghubung Rabbani Mahasiswa UKM ( GHURABA') ( 08-10 )

4.Kursus Kefahaman Akidah SMKA Sultan Muhammad,Melaka ( 15-17 )

5. Bengkel Islamik Kreatif Terapi (21-23 )

6. Ijtimak Ahbab Darul Hasani Nusantara ( 23-25 )

7. Bengkel Pembinaan Modul ( 24-26 )

8. Kem Remaja Taqwa Surau As-Solihin,Sg. Besi ( 26-28 )



sm tajuk

Sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Tahun 1434H/2013M, telah diadakan dengan jayanya Seminar Maulidur Rasul pada 30 Januari 2013M Bersamaan 18 Rabiulawal 1434H(Rabu), bertempat di Dewan Al-Ghazali ,Pusat Pemantapan Akidah ( Jakim ),Jelebu,Negeri Sembilan. Seminar tersebut turut diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan khas iaitu Finalis Imam Muda Musim Pertama iaitu Y.Bhg. Ustaz Ahmad Hazran Bin Ahmad Kamal yang turut dikenali sebagai Imam Muda Aran.

Komen

Read more...


mr 5


mr 1

Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Komen

Read more...

pts 1

Pada 19-21 Januari 2013 yang lepas Pusat Pemantapan Akidah (JAKIM), Jelebu, Negeri Sembilan, dengan kerjasama Konsultan Jemputan CSQ Creativ,   telah berjaya mengadakan Kursus Kefahaman dan  Pemantapan Ibadah bagi pelajar Sekolah Kebangsaan Petaseh ( B ),Jelebu, Negeri Sembilan. Kursus yang diadakan selama 3 hari 2 malam itu disertai oleh pelajar tahun 6 seramai 66 orang pelajar yang diselaraskan oleh guru pengiring sekolah berkenaan.

Komen

Read more...

qr 2

Tazkirah Oleh : Us. Mohd Fazirul Bin Abd. Ghani

Dari Mu'adz Aljuhani radhiAllahu anhu. berkata, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. bersabda, "Barang siapa membaca al Quran dan mengamalkan isi kandungannya, maka kedua orang tuanya akan di pakaikan mahkota pada hari kiamat, yang sinarnya lebih terang dari pada cahaya matahari jika sekiranya matahari itu berada di rumah-rumah kamu di dunia ini. Bagaimana menurut perkiraan kalian mengenai orang yang mengamalkannya sendiri?" (Hr. Ahmad dan Abu Dawud).

Komen

Read more...

dk 1

Pada 11-12 Januari 2013 Bersamaan 28-29 Safar 1434H yang lepas, Bahagian Dakwah,Jakim telah berjaya mengadakan Kursus Keunggulan Profesionalisme Pegawai Bahagian Dakwah .

Komen

Read more...

Kemaskini Terakhir:  06/06/2013 - 15:23

Hadith 40 Imam Nawawi

Hadith 3
Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn 'Umar ibn al-Khatthab beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

lslam itu terbina atas lima perkara: Naik saksi mengaku bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu adalah Utusan Allah, Mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke baitulLah dan menunaikan puasa pada bulan Ramadhan.

Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Langgan Berita

Kami akan menghantar berita dan tazkirah untuk anda.

We have 11 guests and 1 member online

PENAFIAN: Kerajaan Malaysia dan JAKIM tidak bertanggungjawab atas kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan dari setiap maklumat yang diperolehi daripada website ini. Sesuai dilayari dengan menggunakan Internet Explorer versi 8 atau Mozilla Firefox versi 3 di atas (dengan resolusi 1024x768).